Saturday, 12 October 2013
Shitnya Bila Di Hospital.
Dua minggu sebelum aku membuat blog ni, aku mengalami satu peristiwa yang sangat memberikan kesan kepada diri aku. Aku mempunyai 4 orang sahabat baik dan kami semuanya sebilik. Aku selalu juga balik setiap minggu dan sering membawa lauk dari rumah untuk di kongsi bersama rakan rakan aku. Hinggalah, suatu minggu tu, aku membawa balik rendang ayam dari rumah dan beberapa jenis lauk laen. Kawan kawan aku ni, memang pantang kalau ada makanan free apatah lagi lauk pauk dan boleh menjimatkan duit saku diorang. Tapi, ada seorang lagi roomate aku yang tiada di dalam bilik dan kami semua memutuskan untuk menunngu nya bersama untuk makan sekali.
Akhirnya, kawan aku ni, Farid namanya pon sampai. Lepas mandi dan solat maghrib, kami dah ready dah nak menjamah lauk lauk ni. Tapi, rendang yang aku bawa tu di bawa dari tengah hari dan rasanya mungkin dah rasa pelik dan laen. Jadi inilah cadangan aku:
``Apa kata kita panaskan dulu rendang tu. Bau dah laen dah tu''
Farid menjawab gini: `Ala, takpanya, budak budak ni kalau dah lapar apa apa pon diorang bedal je'
`Ish,ko ni karang sakit perut pulak susah. Ala takpanya, panaskan sekejap je kat kafe'
`Bedal aje.rendang ni nampak okay lagi'
Jadi, aku dengan farid ni pon makan lah rendang itu, Tapi aku memang tak sedap hati pasal rendang tu sampailah farid cakap
`Rendang ni ada bau sikit la'
`Hurm. ada sikit bau, abeh camne?'
` Takpa, kita makan je, kuis lah mana yang tak busuk tu'
10 minit kemudian, dua orang kawan aku pun datang dengan membawa nasi. Diorang lah orang yang terakhir membedal rendang itu sampai licin. Selepas itu, keadaan semua nya menjadi normal. Aku dan Farid duduk berbual manakala dua orang lagi member aku pergi ke kafe untuk tengok match bola. Sampailah pada waktu ini.
`Arip, aku rasa tak sedap perut la weh. Rasa memulas sangat sangat'
`La, dah sakit perut pulak ker.Gi la buang najis kau tu dulu.
Lepas Farid pergi ke tandas, aku pun menunggu sampai lah aku mendengar bunyi UWEKKKKKKKKK berulang kali. Aku pun menjadi cemas dan gabra. Dah kenapa Farid ni. Bunting ke apa?. 5 minit kemudian, Farid kembali dengan muka yang letih. Aku menyuruhnya dia berehat. Tak sampai 5 minit, dia ke tandas semula dan sekali lagi bunyi muntah kedengaran. Aku memberikan dia ubat pil tapi malangnya tidak berkesan bila pil itu pun turut menjadi `mangsa muntahanya'. Kali ini, Farid kelihatan teramat lesu dan layu. Bibirnya sahaja yang mampu bergerak gerak tanpa sebarang kata. Pada mulanya, dia muntah di dalam baldi sahaja. Akibat terlalu berterusan, dia terbaring lemah dan lembik
Aku dah tak fikir panjang, lalu memanggil dua orang kawan aku dan segera menghubungi ambulans. DAN di sinlah bermulanya masalah masalah yang sangat tak munasabah berlaku.
1. Sepatutnya, ambulans ni bila dah di panggil, perlulah pantas datang ke tempat yang sepatutnya. Kalau jauh pun, xda lah sampai sejam. Ni UIA ni, ambulans dalam UIA je pun. Boleh dia kata boleh tak hantar sendiri patient ke kelinik. What THE F........... Apa guna kalau ada ambulans??. Member aku ni dah nak kering badan dah lesu, boleh diorang expect yang patient nak datang sendiri?. Mujurlah ada fellow kami yang kebetulan ada untuk ambil Farid ni.
Sampainya kami kat kelinik, perkara pertama yang diberitahu ``Dik, doktor takda ya.Ni kena hantar g hospital nieh.''. Okay, aku boleh terima lagi kenyataan tu tapi bila time diorang nak hantar patient ni, boleh pulak pak cik ambulans ni buat muka annoying tahap tayar ambulans yang buatkan aku rasa sangat geram. Aku tahulah ko penat berjaga malam, tapi takkan lah setiap sejam ko hantar patient ke hospital??? Dan, kan dah itu tugas ko standby untuk hantar patient ?. Tanpa menghiraukan muka annoying pak cik, Farid mesti juga di hantar ke hospital tepat jam 1.30 pagi
2. Okayh. ni benda SHIT yang kedua. Bila kitorang sampai kat Hospital Selayang ni, macam biasalah, kena daftar apa suma bagai. Tapi, attendan tu cakap, ``dik, before daftar, g masuk dalam bilik tu dan tunggu kat situ'' Okay, kami pun masuk lah dalam bilik tu dan tunggu kat dalam tu diam diam. 10 minit lepas tu, datang seorang Cina dan terus bertempik:
``OII, Sapa suruh lu masuk ini tempat, igt suka suka saja mau duduk ini bilik''
Aku menjadi sangat blur. Kata suroh duduk sini, pastuh buleh lak kena marah. Takpa, Ini semua dugaan. Kami masih lagi bersabar dengan kerenah cina tu, tapi dalam hati membuak buak marah nie''
3. Okay, lepas dah daftar tuh, kami pon disuruh ke wad kecemasan. Bila dah sampai, YA RABBI, penuh gila manusia!! Ni wad kecemasan ke wad biasa ni?? Terlalu ramai sangat mereka mereka yang emergency sakit nya ni. Padahal aku tengok suma boleh lagi gelak gelak bagai. Nak compare dengan Farid ni, dah nak syahid dah budak nih,Dalam 8 row kerusi yang ada, boleh kata semua penuh. Aku pun heran, kalau ramai sangat orang sakit emergency tengah tengah malam camnih, kenapa pihak hospitak tak bukak lagi banyak kaunter dan sediakan lebih ramai doktor?
Aku kemudian mengambil angka giliran dan nombornya ialah 1007. Aku melihat ada dua sahaja bilik iaitu bilik A dan bilik B. No bilik A sudah 1005 dan aku merasa amat lega kerana aku beranggapan yang kami tidak akan menunngu dengan lama di situ dan Farid terus ke wad dengan segera.
Malangnya,....... Lepas sahaj aku dipanggil ke bilik A bersama Farid, nurse hanya memeriksa sedikit sahaja dan kemudian berkata `Okay, nanti tnggu kat luar, masuk bilik B. Doktor akan panggil numbor yang sama'. Bila aku keluar untuk lihat nombor bilik B, ianya 6998. Aku berkata` kesialan apakah ini'??
Doktor yang ada terlalu lembab, sebab itu pegerakan nombor menjadi sangat lambat. Sejam setengah, monitor nombor itu hanya 7003 sahaja. Kami masih bersabar menunggu tetapi tidak bagi Farid. Dalam tempoh itu, sudah beberapa kali dia ke tandas. Badanya sudah terlalu lemah dah tidak bermaya. Hinggalah sampai suatu tahap, dia sudah tidak tahan lagi. Aku menjadi semkain gelisah dan segera menolaknya ke bilik A semula. Tapi, hasilnya masih sama, beliau
`
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment